KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya gabungan itu mengisytiharkan 'perang' terhadap Barisan Nasional (BN) Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.
Malah, Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS berharap BN Sabah akan terus bekerjasama dalam mentadbir negeri itu selaras dengan mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020 untuk membentuk kerajaan GRS-BN.
Beliau berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) juga, GRS dan beliau sendiri telah turun padang berkempen untuk membantu calon BN di kawasan mereka.
"Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan berkata tindakan GRS menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri melanggar perjanjian kerjasama dua parti itu dan mendakwa ia tindakan isytihar perang kepada BN Sabah.
Menjelaskan perkara itu, Hajiji berkata sememangnya terdapat janji untuk GRS memberi sokongan kepada UMNO dan BN sekiranya pemimpin parti itu layak menjadi Perdana Menteri serta membentuk kerajaan pasca PRU15.
"Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya. Perlu ditegaskan juga bahawa tiada janji sebelum pilihan raya (PRU15) dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH)," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menafikan dakwaan bahawa beliau bersama Ahli Parlimen daripada PartiKesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Ahli Parlimen Bebas telah menemui Muhyiddin di kediaman pemimpin berkenaan di Kuala Lumpur.
"Mereka berjumpa dengan Tan Sri (Muhyiddin) atas kerelaan mereka sendiri dan saya tidak terlibat langsung pada perjumpaan tersebut," katanya.
Semalam, tular gambar perjumpaan Muhyiddin bersama Presiden KDM, Datuk Peter Anthony, Timbalan Presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda juga Ahli Parlimen Kota Marudu, serta dua Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Verdon Bahanda (Kudat) dan Riduan Rubin (Tenom).
Bagaimanapun, empat individu itu ketika dihubungi sehingga kini enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut.
Pada PRU15, GRS memenangi enam daripada 13 kerusi Parlimen ditandinginya, BN pula memenangi tujuh daripada 12 kerusi ditandingi di Sabah, manakala Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan Parlimen Beluran atas tiket PN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022
HAJIJI: Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan
Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS kekal memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GRS yang selamatkan Sabah - Armizan
Slogan yang dilaungkan Warisan mengenai 'Selamatkan Sabah, sejahterakan rakyat' hanya sekadar retorik dalam politik untuk 'dihidangkan' kepada rakyat.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
PBS, STAR dijangka tandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baru Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).